23 Jan 2014

Cara merawat hati yang terluka

Assalamualaikum uols ^^
"mama, do  i look  cute?" -xda  motif- thanks to google




Semua orang pernah  rasa  sakit  hati  khonn?  hal  ini  termasuklah  tatkala  korang  break up secara ntahpapetahapmintakpenampar , kena  marah  tak tentu pasal, dikertawakan  atas  kekhilafan diri  yang  kerdil tapi comel ,dan  time  korang diperlekehkan  kerana  kelemahan  diri.

Ecah  banyak  kali  sakit  hati tau. sampai  dah  rasa  muak  dan  malas  nak  layan  kesakitan  hati  yang  tiada  sesiapa  peduli. cehh.. tragis  tahu :(

Sumber: Google ^^

Tips  cara  tangani  sakit hati  sebelum  melarat  lalu  membawa  kepada  kemudhoratan  diri
berjela  tajuk  ecah  .muehehe

1.berIstighfar selalu

ingat  Allah  bila  rasa gembira, bersyukur, sedih  dan  kecewa . Kerana  orang  yang  selalu  mengingati  Allah, akan   terpelihara  dirinya  daripada memiliki hasad  dengki  yang busuk. Tahap  kesabaran  jugak  bertambah. kann  baguss .

2.Memaafkan


“Jadilah engkau pemaaf, dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf, serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.” Surah Al-A’raf : 199.
Walaupun di hati  tengah  bengkak  menanah  akibat sakit  hati yang  terlampau. ikhlaskan  hati  untuk  memaafkan  si anon. maybe dia  tak  bermaksud  nak  buat  kita  sakit  hati , berhusnuzon aje lah. kalau  dia  nawaitu nak sakitkan  hati  kita  secara  mengsengajakannya pun. tu  urusan  dia  dengan  Pencipta  kita  yang  agung. 


"biarpun luka hati itu kecil atau besar kita tidak akan boleh benar-benar bahagia sebelum memberi maaf."

Allah  sayang  sangat  muslim  yang  memaafkan  orang  lain. even sebelum  korang Zzz, niat dalam  hati "maafkan  semua  orang" . 

3. Buat  tak tau

haha. ini kepakaran  ecah, kau  bebel lah  sampai  ketandusan saliva serta  salivary amylase.  ecah  tetap  dengan  muka  bodoh. sometimes orang  fed up  dengan  aku  sebab  tak  bagi  respon  yang  dorang  inginkan. likes menangis teresak-esak  sambil  hingus  meleleh  keluar lepas tu  keluar  perkataan  yang @#@$#%#. 

the  best  way , buat  tak tahu. kalau  boleh  time  dia  tengah  memperlekehkan kau, kau  buat benda  lain, macam  pakai headfon, menyanyi sekali  or  main angry  bird. kompom  dia  belah.  lepas  tu  tanya, "kau  nak  main angry bird  sekali  x?"

4. Dating  dengan  Allah

Yang  ni  paling  daebak, insyaAllah =)
Solat  taubat  dan  menunaikan  solat tahajud  selalu. Dating  dengan  Allah  pada  waktu  tengah  malam. mengadulah  segala  mesalah  yang  membelengu  diri  korang. Sesungguhnya  Allah  maha  Mendengar. Never  underestimate  the  power  of Dua.

Berdoa kepada  Allah  agar  dipermudahkan segalanya . Allah yang Maha  Penyayang  dan  Maha Pengasih. Biarlah  orang  lain  xsuka  tengok  kita, janji  Allah  suka kan kita. tu tiket  untuk  ke Jannah kan..

5.  buat  benda  yang  kita  suka

Macam ecah, i love doodling dan  tengok  baby photo. tiup jauh-jauh  rasa  sakit kita.shuuhhh. tak payah  ingat dah. Memang susah untuk  lupakan tapi kan, tak salah  kalau kita  mencuba. Allah  suka orang  yang mencuba untuk ke arah  kebaikan.

korang boleh tidur if  tu the thing yang korang  paling suka  buat. relekkan  otak  kiut korang. jangan  tak bangun  pulak, kang  penyapu  cium muka  korang . hehe. 

Sungguh  perit  rasa  sakit  di hati, luka  di luar  boleh disembuh dan dijahit. Namun, luka  di hati  hanya  kita  mampu  plasterkan. u know what i mean. Watlek wat peace yaw!

p/s: aku tunggu buat  latihan  driving dari pukul 11.00- 4.30 . Hanya  sejam je  aku berlatih.grrrr.. istighfar  cahhh -.-''
sumber : pak cik Google
  

17 comments:

  1. great tips, betul2 berguna. haha.. thanks 4 sharing. :)

    ReplyDelete
  2. gilerrrr tipss ecah ne..same gilerrr dgn cik tauuuu.....
    ape2 pon sentiase berfikiran positive je kan ecah kan...

    ReplyDelete
  3. :)
    thanks cha heheh qila pun selalu sangat dah rawat hati cara cemtu hihiik

    ReplyDelete
  4. Nice tips ecah..kak niesa pun sll gak rasa sakit hati,kecewa marah tu semua...tp bila ingt Allah anggap ni semua dugaan hati... :)

    ReplyDelete
  5. thank you Aisyah. selalunya ee kalau sakit hati buat dunno je. coz lama lama macam hilang sendiri rasa tu. hehe.

    ReplyDelete
  6. Those who are strong is not those who can raise up their hands towards those who make them angry, but those who can deal with their anger when people are making them angry..
    Nice tips, I really have to try them whenever im angry with my friends ^^
    Cause I often get upset and depressed with one of my friend's behaviour..

    ReplyDelete
  7. kalau sakit hati ja, cepat cepat tengok muka akak okey! bertambah sakit hati tahu. hehe sabar sayang -.-'

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas tips! :') Kita memang tengah bersedih ni :(

    ReplyDelete
  9. Istighfar banyak² sebelum perkara negative berlaku :) tq share tips ni

    ReplyDelete
  10. salam ecah ^_^

    nice entri...paling penting kena selalu mendekatkan diri dgn ALLAH SWT.... =)

    ReplyDelete
  11. istigfar banyak2 kan...mmg pedih bila hati sakit kan...

    ReplyDelete
  12. Tips y bgos..y plg penting jgn smpy sakit hati tu melarat2 .. rawat la ia..=)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum... urm iyalah In Sha Allah Achik cuba tips2 ecah ney okyh.. ��..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum... Iyalah In Sha Allah Achik Cuba Tips2 Ecah Ney erk.. 😊..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum ...Hai Ecah...Urm In Sha Allah Achik Cuba Tips2 Ecah Ney Erk...ツ

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum Ecah...terima kasih ya...sebab beri motivasi untuk hati yang tengah duka lara ini..=)

    ReplyDelete

Digalakkan mengomen. tak ada minimum patah perkataan ^.~